Desa Aidilfitri 1 Malaysia

on Sabtu, 5 Januari 2013
Sambutan Majlis Hari Raya 2012 (Desa Aidilfitri 1 Malaysia)

Pada 6 Oktober 2012 telah berlangsung Majlis Desa Aidilfitri 1 Malaysia bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini bertempat di Gedung Radiopoetro, Falkutas Kedokteran (Fakulti Perubatan), Universitas Gadjah Mada bermula jam 9 pagi.
Majlis dimulai dengan pendaftaran untuk para hadirin, dan setiap mereka diberikan sebuah pin istimewa sebagai ’doorgift’ . Pengacara majlis kali ini terdiri dari adik adik angkatan 2012 dan gimik pembukaan dimulai dengan kayuhan basikal tua dari mereka.

Pengacara-pengacara Desa Aildilfitri 1 Malaysia


"Door gifts"

Seterusnya, ucapan dari YDP PKPMI-CY, saudara Nabil Zakir serta Pengerusi Kelab UMNO-CY, Saudara Fakrul dan juga ucapan dari Project Officer, saudara Mohammad Ibrahim Mustafah lalu perasmian majlis Desa AidilFitri 2012. Majlis diteruskan dengan persembahan dari para pelajar, seperti sketsa dan persembahan koir dari adik-adik angkatan 2012, persembahan nyanyian dari angkatan 2011, serta persembahan Marhaban (menyambut tetamu) dari gabungan angkatan 2010 dan 2011, permainan kuiz interatif bertajuk "Kemerdekaan" yang disponsor oleh PKPMI-CY sendiri, dan pertunjukkan video dari angkatan 2010 yang bertajuk "wang rupiah 2000". Tetamu-tetamu yang datang disajikan dengan makanan tradisional Malaysia dan sedikit makanan barat.

Koir dari Angkatan 2012

Kuiz Who Wants to be a True Malaysian

Persembahan dari angkatan 2011


Majlis sampai ke penghujungnya dalam pukul 3 petang. Hadirin bersurai serta mengambil peluang untuk bergambar sesama sendiri. Majlis seperti ini akan diteruskan untuk mengukuhkan ikatan persahabatan sesama komuniti pelajar Malaysia dan Indonesia di Yogyakarta. Komiti Desa Aildilfitri 1 Malaysia dan seluruh administrasi PKPMI-CY ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang hadir, dan SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!


0 comments:

Catat Ulasan