Ahad, 9 Oktober 2011

BEAT IT! 2011



Pada tanggal 18 Jun 2011 yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Yogyakarta (PKPMI-CY) telah mengadakan satu pertandingan band muzik dan tarian yang diberi nama BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 bertempat di Ruang Auditorium, Fakultas Kedokteran, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Pertandingan ini merupakan yang julung kalinya seumpamanya dianjurkan oleh PKPMI-CY. Idea penganjuran BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 ini datang dari Yang Di-Pertua PKPMI-CY sendiri,iaitu saudara Rufus Jesudass dan disokong penuh oleh barisan kepemimpinan PKPMI-CY sesi 2010/2011.

            Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menyediakan ruang bagi pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta untuk keluar sebentar dari rutin harian selain mengumpulkan seluruh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Yogyakarta di bawah satu bumbung. BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan dan kehadiran rakan-rakan mahasiswa Indonesia yang menuntut di Fakultas Kedokteran UGM. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada para peserta untuk menyerlahkan bakat-bakat terpendam terutama dalam bidang muzik dan tarian.

            Jawatankuasa pengelola BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 telah dibentuk pada mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi PKPMI-CY dan saudara Amir Danial telah dipilih untuk mengetuai jawatankuasa pengelola tersebut. Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa tertinggi yang terlibat dalam penganjuran BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011:

    • Penasihat : Rufus Jesudass, Aminda Faizura, Mohd Azfar Hafiz
    • Pengerusi : Amir Danial bin Mohd Rajendran
    • Naib Pengerusi : Malini Paranchothy
    • Setiausaha : Muhd Nabil Zakir bin Mohamad Taher
    • Bendahari : Nicholas Arvind van Huizen
    • Pengurus Acara : Dakshnamoorthy Vythinathan

Tema untuk pertandingan tarian yang telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa tertinggi BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 adalah tarian moden. Manakala untuk pertandingan band, tema bagi lagu yang akan dipersembahkan adalah bebas atau “independent”. Walaubagaimanapun, lagu-lagu yang dipilih oleh pasukan yang menyertai pertandingan tarian dan band muzik telah terlebih dahulu ditapis oleh barisan ahli jawatankuasa tertinggi BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 dan ahli jawatankuasa tertinggi PKPMI-CY. 

Ahli jawatankuasa dan krew yang terlibat dalam menjayakan BEAT IT! 2011
ACARA PERTANDINGAN



Acara pertandingan BEAT IT!  DANCE & BAND COMPETITION 2011 bermula pada jam 6.00 petang dengan kehadiran para hadirin dan tetamu-tetamu VIP yang turut bertindak selaku juri pada pertandingan tersebut. Seramai 4 orang VIP/juri telah dijemput untuk menilai persembahan dari para peserta yang terlibat termasuk dr. Widharto, Rufus Jesudass dan Rizky Nelson. Acara ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang tetamu yang terdiri dari mahasiswa Malaysia dan mahasiswa Indonesia yang menuntut di Universitas Gadjah Mada. Sebahagian tetamu hadir dengan membawa pelbagai sepanduk sebagai tanda sokongan kepada para peserta yang terlibat dalam BEAT IT! DANCE AND BAND COMPETITION 2011.

Acara bermula dengan ucapan dari pengerusi jawatankuasa pengelola BEAT IT!  DANCE & BAND COMPETITION 2011, saudara Amir Danial bin Mohd Rajendran dan kemudian diikuti oleh ucapan dan persembahan pembukaan oleh penasihat BEAT IT!  DANCE & BAND COMPETITION 2011 merangkap Yang Di-Pertua PKPMI-CY, saudara Rufus Jesudass.



Acara kemudian diteruskan lagi dengan persembahan dari para peserta pertandingan band muzik. Sebanyak 9 band telah menyertai pertandingan ini dan setiap band diberi masa sekitar 7 minit untuk membuat persembahan. Setelah selesai persembahan dari 10 band yang terlibat, majlis berhenti seketika untuk istirahat dan makan malam. Setelah itu, acara bersambung dengan persembahan dari pasukan tarian. 3 pasukan telah mengambil bahagian dalam acara tarian BEAT IT!  DANCE & BAND COMPETITION 2011. 
Barisan juri pertandingan.

Selain persembahan dari para peserta yang mengambil bahagian, acara turut dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah. Kreativiti dan kesungguhan para penyokong yang hadir memberi sokongan turut dihargai dan dinilai menerusi anugerah “Best Supporter Award”.



Berikut adalah senarai pemenang BEAT IT!  DANCE & BAND COMPETITION 2011 mengikut kategori yang dipertandingkan :



Band
  • Tempat pertama : Pecel Catfish
  • Tempat kedua : Out of Nowhere 
  •  Undian Tertinggi : Pecel Catfish

Tarian
  • Tempat pertama : Marlboro 
  • Tempat kedua : Off With the Heads  
  • Undian Tertinggi : Marlboro


Anugerah Khas Juri : Kai Xin

Best Supporter Award : Alex 

SUASANA SEKITAR BEAT IT! 2011







PENGHARGAAN
Kami dari jawatankuasa pengelola BEAT IT! DANCE AND BAND COMPETITION 2011 & Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Yogyakarta (PKPMI-CY) ingin merakamkan ucapan penghargaan serta jutaan terima kasih buat semua penaja yang sudi menaja acara BEAT IT! DANCE AND BAND COMPETITION 2011.




0 comments:

Catat Ulasan