Ahli-ahli PKPMI yang mengalami kes kecurian, rompakan, atau telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan tetapi tidak mempunyai sebarang insurans boleh memohon untuk bantuan kewangan daripada Tabung Biro Kebajikan PKPMI Pusat.
Untuk kes kecurian atau rompakan, jumlah minimum kerugian yang akan dipertimbangkan untuk diberikan sumbangan adalah Rp500,000. Sumbangan yang akan diberikan adalah sebanyak 10% daripada jumlah total kerugian yang ditanggung. Jumlah maksimum sumbangan yang akan diberikan adalah sebanyak Rp1 juta. Sumbangan tidak akan diberikan untuk kes-kes kehilangan motor dan kereta.
Untuk permohonan bagi kes kecurian atau rompakan, sila lampirkan laporan kejadian rasmi(daripada pihak polis atau ketua RT) berserta dengan maklumat-maklumat berikut:
- NAMA:
- NO. KAD PENGENALAN:
- NO. PASPORT:
- NO. TELEFON:
- FAKULTI:
- ALAMAT DI INDONESIA:
- BUTIR-BUTIR KEJADIAN:
(a) TARIKH & MASA
(c) TEMPAT
(d) SENARAI BARANG YANG HILANG SERTA ANGGARAN KERUGIAN
(e) SAKSI KEJADIAN (JIKA ADA)
Untuk permohonan bantuan kewangan bagi masalah mendapatkan bantuan kesihatan tanpa sebarang insurans, sila lampirkan resit pembayaran untuk perkhidmatan kesihatan berserta dengan maklumat-maklumat berikut:
- NAMA:
- NO. KAD PENGENALAN:
- NO. PASPORT:
- NO. TELEFON:
- FAKULTI:
- ALAMAT DI INDONESIA:
- MASALAH KESIHATAN YANG DIALAMI:
- BUTIR-BUTIR PEMBAYARAN:
Setiap permohonan akan diteliti oleh YDP PKPMI-CY dan akan kemudiannya dihantar langsung ke Biro Kebajikan PKMPI Pusat.
* Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kishuvaran Mahendran atau mana-mana ahli Biro Kebajikan dan Imigresen.


11:21 PTG
PKPMI-Cawangan Yogyakarta






0 comments:
Catat Ulasan