Sabtu, 30 April 2011

Insurans GMC

Insurans GMC adalah untuk semua mahasiawa-mahasiswa Universitas Gadjah Mada. Oleh itu, sesiapa yang tidak mempunyai insurans lain dianjurkan untuk ke Pusat Kesihatan GMC atau hospital-hospital lain yang bekerjasama dengan GMC untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Berikut merupakan proses-proses perkhidmatan kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak GMC

  1. Sesiapa yang sakit atau memerlukan perkhidmatan kesihatan harus ke Pusat Kesihatan GMC dengan kad GMC terlebih dahulu, dan tidak dianjurkan untuk ke hospital, kecuali dalam keadaan kecemasan (semua perkhidmatan di Pusat Kesihatan GMC, termasuk ubat-ubatan adalah percuma).
  2. Sekiranya doctor yang melakukan pemeriksaan berpendapat bahawa rujukan harus dilakukan, surat rujukan akan diberikan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di mana-mana hospital yang bekerjasama dengan GMC.
  3. Untuk rujukan ke hospital dan pemeriksaan makmal yang bekerjasama dengan GMC, akan dikenakan biaya 25% untuk hospital kerajaan dan 35% untuk hospital swasta daripada jumlah biaya yang ditanggung oleh GMC.
Keadaan kecemasan yang dimaksudkan di atas termasuk:
  • Kecemasan sistem pernafasan (batuk darah serius, asma, cedera dada, dll.)
  • Kecemasan sistem pembuluh darah dan muskuloskeletal (“shock”, kecederaan pembuluh darah, cedera otot dan tulang, dll.)
  • Kecemasan sistem saraf pusat (koma, kekejangan, pengsan, dll.)
  • Kecemasan sistem pencernaan (kolik abdomen, cirit-birit serius, dll.)

Berikut merupakan perkhidmatan kesihatan yang disediakan di Pusat Kesihatan GMC:

  1. Konsultasi kesihatan.
  2. Pemberian ubat sesuai dengan keperluan kesihatan.
  3. Rujukan ke perkhidmatan kesihatan yang lain.
  4. Konsultasi psikologi.
  5. Konsultasi gizi.
  6. Kounseling berhenti merokok.

Berikut merupakan promosi dan tindakan preventif kesihatan yang disediakan oleh GMC:

  1. Konsultasi kesihatan dan psikologi melalui Radio Swaragama setiap hari Jumaat pukul 15.00-16.00WIB.
  2. Senam aerobik (setiap hari Sabtu pukul 07.00-08.00WIB), di GMC.
  3. “Fitness Centre”.
  4. Konsultasi berhenti merokok (setiap hari Isnin dan Rabu, pukul 11.00-15.00WIB).

Berikut merupakan perkhidmatan kesihatan yang tidak ditanggung oleh pihak GMC:

  1. Tidak menuruti peraturan proses yang telah ditentukan oleh pihak GMC.
  2. Perkhidmatan kesihatan di hospital yang tidak bekerjasama dengan GMC.
  3. Bayaran administrasi, pendaftaran dank ad tunggu di hospital.
  4. Immunisasi, vaksinasi dan pemeriksaan allergi di makmal.
  5. “General Medical Check Up” dan “Fitness Letter”.
  6. Penyakit yang disebabkan oleh perbuatan cuba membunuh diri atau sengaja menyakiti diri.
  7. Penyakit yang disebabkan oleh keterlibatan dalam sukan atau aktiviti berbahaya (seperti seni mempertahankan diri, pencinta alam, dll.)
  8. Penyakit psikologi depresi.
  9. Pemeriksaan, tindakan penunjang dan pengubatan untuk CMV(Cytomegalovirus), Toxoplasma, Cancer/Carcinoma, strok, sakit jantung dan kegagalan ginjal (termasuk hemodialisis, pencucian darah peritoneal dan CAPD).
  10. Pemeriksaan, risiko kehamilan dan persalinan.
  11. Tambah gigi selain amalgam, pembersihan karang gigi, “odontectomy”, “orthodonture”, dan jaket gigi.
  12. Alat bantuan kesihatan seperti: pen, plate, skrew, kawat gigi, kaca mata, kerusi roda, korset dll.
  13. MRI, “ozone therapy”, URS, perubatan laser, angiografi dan pemeriksaan penunjang lain yang tidak termasuk dalam perjanjian pihak GMC dengan hospital.
  14. Ketagihan dadah dan alcohol serta ubat berbahaya yang lain.
  15. Ubat dan alat kontrasepsi Perancangan Keluarga, Infertili.
  16. Sunat tanpa indikasi kesihatan.
  17. Perkhidmatan yang bersifat kosmetik, operatif dan non-operatif termasuk pembetulan kelainan bawaan.
  18. Biaya “autopsy”, “visum et repertum” dam sewa ambulans.
  19. Semua kes penyakit yang disebabkan oleh trauma lama (terjadi sebelum memperoleh insurans GMC).
  20. Perkhidmatan Operasi Satu Hari (ODC).

Hospital-hospital yang bekerjasama dengan pihak GMC termasuk:
  1. RSUP Dr. Sardjito.
  2. RS Panti Rapih.
  3. RS Bethesda.
  4. RS PKU Muhammadiah Yogyakarta.
  5. RS Ludira Husada.
  6. RS Gigi dan Mulut FKG UGM.
  7. RSI Hidayatullah
  8. RSUD se DIY

Untuk pemeriksaan diagnostik penunjang, specialistik dan hjh di hospital yang bekerjasama dengan GMC, maka hospital kerajaan pihak GMC akan menanggung 75% daripada jumlah biaya dan 65% untuk hospital swasta (maksimum Rp15juta per kes per tahun), bakinya ditanggung oleh individu. Perkhidmatan konsultasi Psikologi dilakukan setiap hari: Isnin hingga Jumaat pukul 15.30-18.00WIB. Pendaftaran dilakukan sebelum pukul 15.30, dan pendaftaran melalui telefon tidak akan dilayan. Perkhidmatan kaunseling berhenti merokok dilakukan setiap hari Isnin dan Rabu pukul 11.00-15.00WIB.

*Daripada pengalaman beberapa mahasiswa, biasanya pemeriksaan makmal adalah percuma dan tidak dikenakan bayaran. Sekiranya terus ke hospital pula, biasanya boleh mendapat “claim” daripada pihak UGM.

GMC Health Center
Pusat Pelayanan dan Santunan Kesehatan
Sekip, Blok L No.3, Sendowo, Sinduadi, Mlati, Sleman, Yogyakarta
Telp:0274-551412, 6492575 Fax:0274-551412

Disediakan oleh: Biro Kebajikan dan Imigresen, PKPMI-CY
Rujukan: Brosur GMC Health Center.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kishuvaran S. Mahendran atau mana-mana ahli Biro Kebajikan dan Imigresen.

1 comments:

edo berkata...

nice info

Catat Ulasan