Biro Kerohanian Muslim PKPMI-CY merupakan suatu kerjasama antara PKPMI-CY dan Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI). Selain menjaga kerohanian pelajar-pelajar Muslim di Yogyakarta, biro ini juga berperanan memantau dan melancarkan proses kerjasama di antara kedua-dua pihak iaitu PKPMI-CY dan UPIMI dalam menjayakan projek-projek berkaitan dengan hal ehwal Islam di Yogyakarta. Kami dari Biro Kerohanian Muslim mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau cadangan berkaitan biro kami dengan menghubungi ketua biro atau ahli-ahli biro ini, terima kasih.
Ketua Biro Kerohanian Muslim:
Azizi Azri bin Ngadiran ['09] - 081804104180
Naib Ketua Biro:
Muhammad Nurazam bin Azman ['10] - 087839782845
Ahli-ahli Biro:
Pawashida Wasli [‘10]
Nurulhuda Hayati Mohd Sabri [’09]
Siti Nadrah Mohd Ali [‘09]
Ahmad Syamsuri Muallam [‘10]
Ingatlah wahai saudaraku, saat khalifah Abu Bakar di pilih menjadi khalifah. Berkatalah Abu Bakar,
"Sesungguhnya saya dilantik memimpin kamu tetapi saya bukanlah yang paling baik di kalangan kamu. Oleh itu, jika saya melaksanakan tindakan yang baik, bantulah saya. Tetapi jika saya melakukan kesalahan, perbetulkanlah saya. Kebenaran adalah satu amanah dan korupsi adalah satu pengkhianatan. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi saya sehingga saya memberi hak kepadanya. Sementara pihak yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisi saya sehingga saya mengambil hak daripadanya. Sesuata kaum yang meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan mereka kehinaan. Kemaksiatan yang menular dalam sesuatu kaum,maka Allah akan turunkan bencana ke atas mereka semua. Taatlah kepada saya selagi mana saya mentaati Allah dan RasulNya. Jika saya derhaka kepada Allah dan RasulNya, kamu semua tidak perlu taat kepada saya"
Amanat ini sangat besar. Salam tahniah dan takziah buat kamu wahai pemimpin…


8:11 PTG
PKPMI-Cawangan Yogyakarta

Posted in: 





0 comments:
Catat Ulasan