Ahad, 9 Oktober 2011

Tabung Biro Kebajikan PKPMI Pusat


      Ahli-ahli PKPMI yang mengalami kes kecurian, rompakan, atau telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan tetapi tidak mempunyai sebarang insurans boleh memohon untuk bantuan kewangan daripada Tabung Biro Kebajikan PKPMI Pusat.

Untuk kes kecurian atau rompakan, jumlah minimum kerugian yang akan dipertimbangkan untuk diberikan sumbangan adalah Rp500,000. Sumbangan yang akan diberikan adalah sebanyak 10% daripada jumlah total kerugian yang ditanggung. Jumlah maksimum sumbangan yang akan diberikan adalah sebanyak Rp1 juta. Sumbangan tidak akan diberikan untuk kes-kes kehilangan motor dan kereta.

Untuk permohonan bagi kes kecurian atau rompakan, sila lampirkan laporan kejadian rasmi(daripada pihak polis atau ketua RT) berserta dengan maklumat-maklumat berikut:
  • NAMA:
  • NO. KAD PENGENALAN:
  • NO. PASPORT:
  • NO. TELEFON:
  • FAKULTI:
  • ALAMAT DI INDONESIA:
  • BUTIR-BUTIR KEJADIAN:
    (a) TARIKH & MASA
    (c) TEMPAT
    (d) SENARAI BARANG YANG HILANG SERTA ANGGARAN KERUGIAN 
    (e) SAKSI KEJADIAN (JIKA ADA)
Untuk permohonan bantuan kewangan bagi masalah mendapatkan bantuan kesihatan tanpa sebarang insurans, sila lampirkan resit pembayaran untuk perkhidmatan kesihatan berserta dengan maklumat-maklumat berikut:
  • NAMA:
  • NO. KAD PENGENALAN:
  • NO. PASPORT:
  • NO. TELEFON:
  • FAKULTI:
  • ALAMAT DI INDONESIA:
  • MASALAH KESIHATAN YANG DIALAMI:
  • BUTIR-BUTIR PEMBAYARAN:
Setiap permohonan akan diteliti oleh YDP PKPMI-CY dan akan kemudiannya dihantar langsung ke Biro Kebajikan PKMPI Pusat.

* Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kishuvaran Mahendran atau mana-mana ahli Biro Kebajikan dan Imigresen.

BEAT IT! 2011



Pada tanggal 18 Jun 2011 yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Yogyakarta (PKPMI-CY) telah mengadakan satu pertandingan band muzik dan tarian yang diberi nama BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 bertempat di Ruang Auditorium, Fakultas Kedokteran, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Pertandingan ini merupakan yang julung kalinya seumpamanya dianjurkan oleh PKPMI-CY. Idea penganjuran BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 ini datang dari Yang Di-Pertua PKPMI-CY sendiri,iaitu saudara Rufus Jesudass dan disokong penuh oleh barisan kepemimpinan PKPMI-CY sesi 2010/2011.

            Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk menyediakan ruang bagi pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta untuk keluar sebentar dari rutin harian selain mengumpulkan seluruh pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Yogyakarta di bawah satu bumbung. BEAT IT! DANCE & BAND COMPETITION 2011 turut dimeriahkan lagi dengan penyertaan dan kehadiran rakan-rakan mahasiswa Indonesia yang menuntut di Fakultas Kedokteran UGM. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi ruang kepada para peserta untuk menyerlahkan bakat-bakat terpendam terutama dalam bidang muzik dan tarian.

Ahad, 8 Mei 2011

Beat It! 2011

PKPMI-CY proudly presents Beat-It! A Dance-n-Band Competition to be held in Jogjakarta for the 1st time for PKPMI members. Held in a concert-style format, this competition is open to all Malaysians and International Programme Indonesians. This talent competition has the aim of celebrating music as a tool for unity and expression of art through song and dance. Divided into 2 categories (band and dance), the rules are simple:
  1. Dance category: Minimum of 2 people and maximum of 8 people per group. Accepted genres include hip hop, break dance, fusion, ethnic, salsa and modern dance. We accept suggestions of other genres to be included, so please leave your comments. The maximum duration of the dance is 5 minutes.
  2. Band category: Unlimited number of person/ people, from 1-man-bands to harmonious quintets or more. Please be reminded that this is a band competition and not a singing contest. Participants are strongly recommended to bring their own instruments and amps, when possible. The maximum duration of the band performance is 7 minutes.
General rules:
  1. Please take note that this is a child-friendly event and not an X-rated concert, so we ask for participants’ discretion in performing appropriately, including outfits.
  2. This concert/ competition is done in accordance with our 1Malaysia concept, so there will not be limitations on language of songs performed (whether Bahasa Malaysia, English, Chinese, Tamil, Hindi, Indonesian etc.)
  3. There will be a rehearsal/ audition held 2 weeks before the Finals to ensure smooth flow of events on the day of Finals.
  4. Judges’ decisions are final.

Prizes to be won include Best Band and Runner-Up, Best Dance and Runner-Up, and also Audience Favourite, so don’t forget to get your friends to vote for you. Winners will walk away with cash vouchers, trophies and the title of Beat-It! champions. Finals will be held in Auditorium FK UGM on 18th June 2011 (Date has been checked, double-checked, and confirmed to not coincide with the examination dates of any batches in any faculties).

Ladies and gentlemen, that is the A-Z of the 1st Beat-It! Talent competition of Yogyakarta brought to you by PKPMI-CY. For any queries or suggestions, please leave a comment below.
      *All students listed above are from 09 batch of Medical Faculty
Deadline to register is 13th May 2011, so hurry up and register your group with Nicholas Arvind ‘09 today! Let’s make this event a success together! Let's BEAT IT!

Sabtu, 30 April 2011

Biro Hubungan Luar & Keusahawanan

 
Biro Hubungan Luar dan Keusahawanan adalah sebuah biro di bawah PKPMI yang komited dalam tugas kami untuk menjalin hubungan silaturrahim dengan mana-mana pihak dari luar Yogyakarta yang memerlukan bantuan kami. Kami bersedia menyediakan sebarang kemudahan yang diperlukan untuk mana-mana pelawat dari luar Yogyakarta malah dari kalangan pelajar Malaysia sendiri dengan segala keikhlasan hati kami. Antara kemudahan yang mampu kami bantu untuk sediakan adalah penginapan, pengangkutan dan tempet-tempat menarik untuk dilawat sekitar Yogyakarta. Selain itu kami juga bekerja untuk membantu menambahkan dana PKPMI melalui usaha-usaha jualan yang ringkas.

Ketua Biro:
Amir Danial bin Mohd Rajendran [KU ‘09]

Naib Ketua Biro:
Mohamad Hidir Abdullah [KU ‘09]
 
Ahli-ahli Biro:
Mohamad Izwan Mohd Jasmi [KU ’09]
Ahmad Fahmi Mohd Shaidi [KU ’09]
Ummi Solehah Burhanordin [KU ‘10]
Chan Roongjeit [KU ‘10]
Farhah Adnan [KU ’10]
Nur Haza Ayunni Che Ros [KG ’09]
Norzareen Azlinda Mohd Ros [KU ‘10]

Insurans GMC

Insurans GMC adalah untuk semua mahasiawa-mahasiswa Universitas Gadjah Mada. Oleh itu, sesiapa yang tidak mempunyai insurans lain dianjurkan untuk ke Pusat Kesihatan GMC atau hospital-hospital lain yang bekerjasama dengan GMC untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Berikut merupakan proses-proses perkhidmatan kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak GMC

  1. Sesiapa yang sakit atau memerlukan perkhidmatan kesihatan harus ke Pusat Kesihatan GMC dengan kad GMC terlebih dahulu, dan tidak dianjurkan untuk ke hospital, kecuali dalam keadaan kecemasan (semua perkhidmatan di Pusat Kesihatan GMC, termasuk ubat-ubatan adalah percuma).
  2. Sekiranya doctor yang melakukan pemeriksaan berpendapat bahawa rujukan harus dilakukan, surat rujukan akan diberikan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di mana-mana hospital yang bekerjasama dengan GMC.
  3. Untuk rujukan ke hospital dan pemeriksaan makmal yang bekerjasama dengan GMC, akan dikenakan biaya 25% untuk hospital kerajaan dan 35% untuk hospital swasta daripada jumlah biaya yang ditanggung oleh GMC.
Keadaan kecemasan yang dimaksudkan di atas termasuk:
  • Kecemasan sistem pernafasan (batuk darah serius, asma, cedera dada, dll.)
  • Kecemasan sistem pembuluh darah dan muskuloskeletal (“shock”, kecederaan pembuluh darah, cedera otot dan tulang, dll.)
  • Kecemasan sistem saraf pusat (koma, kekejangan, pengsan, dll.)
  • Kecemasan sistem pencernaan (kolik abdomen, cirit-birit serius, dll.)

Berikut merupakan perkhidmatan kesihatan yang disediakan di Pusat Kesihatan GMC:

  1. Konsultasi kesihatan.
  2. Pemberian ubat sesuai dengan keperluan kesihatan.
  3. Rujukan ke perkhidmatan kesihatan yang lain.
  4. Konsultasi psikologi.
  5. Konsultasi gizi.
  6. Kounseling berhenti merokok.

Berikut merupakan promosi dan tindakan preventif kesihatan yang disediakan oleh GMC:

  1. Konsultasi kesihatan dan psikologi melalui Radio Swaragama setiap hari Jumaat pukul 15.00-16.00WIB.
  2. Senam aerobik (setiap hari Sabtu pukul 07.00-08.00WIB), di GMC.
  3. “Fitness Centre”.
  4. Konsultasi berhenti merokok (setiap hari Isnin dan Rabu, pukul 11.00-15.00WIB).

Berikut merupakan perkhidmatan kesihatan yang tidak ditanggung oleh pihak GMC:

  1. Tidak menuruti peraturan proses yang telah ditentukan oleh pihak GMC.
  2. Perkhidmatan kesihatan di hospital yang tidak bekerjasama dengan GMC.
  3. Bayaran administrasi, pendaftaran dank ad tunggu di hospital.
  4. Immunisasi, vaksinasi dan pemeriksaan allergi di makmal.
  5. “General Medical Check Up” dan “Fitness Letter”.
  6. Penyakit yang disebabkan oleh perbuatan cuba membunuh diri atau sengaja menyakiti diri.
  7. Penyakit yang disebabkan oleh keterlibatan dalam sukan atau aktiviti berbahaya (seperti seni mempertahankan diri, pencinta alam, dll.)
  8. Penyakit psikologi depresi.
  9. Pemeriksaan, tindakan penunjang dan pengubatan untuk CMV(Cytomegalovirus), Toxoplasma, Cancer/Carcinoma, strok, sakit jantung dan kegagalan ginjal (termasuk hemodialisis, pencucian darah peritoneal dan CAPD).
  10. Pemeriksaan, risiko kehamilan dan persalinan.
  11. Tambah gigi selain amalgam, pembersihan karang gigi, “odontectomy”, “orthodonture”, dan jaket gigi.
  12. Alat bantuan kesihatan seperti: pen, plate, skrew, kawat gigi, kaca mata, kerusi roda, korset dll.
  13. MRI, “ozone therapy”, URS, perubatan laser, angiografi dan pemeriksaan penunjang lain yang tidak termasuk dalam perjanjian pihak GMC dengan hospital.
  14. Ketagihan dadah dan alcohol serta ubat berbahaya yang lain.
  15. Ubat dan alat kontrasepsi Perancangan Keluarga, Infertili.
  16. Sunat tanpa indikasi kesihatan.
  17. Perkhidmatan yang bersifat kosmetik, operatif dan non-operatif termasuk pembetulan kelainan bawaan.
  18. Biaya “autopsy”, “visum et repertum” dam sewa ambulans.
  19. Semua kes penyakit yang disebabkan oleh trauma lama (terjadi sebelum memperoleh insurans GMC).
  20. Perkhidmatan Operasi Satu Hari (ODC).

Hospital-hospital yang bekerjasama dengan pihak GMC termasuk:
  1. RSUP Dr. Sardjito.
  2. RS Panti Rapih.
  3. RS Bethesda.
  4. RS PKU Muhammadiah Yogyakarta.
  5. RS Ludira Husada.
  6. RS Gigi dan Mulut FKG UGM.
  7. RSI Hidayatullah
  8. RSUD se DIY

Untuk pemeriksaan diagnostik penunjang, specialistik dan hjh di hospital yang bekerjasama dengan GMC, maka hospital kerajaan pihak GMC akan menanggung 75% daripada jumlah biaya dan 65% untuk hospital swasta (maksimum Rp15juta per kes per tahun), bakinya ditanggung oleh individu. Perkhidmatan konsultasi Psikologi dilakukan setiap hari: Isnin hingga Jumaat pukul 15.30-18.00WIB. Pendaftaran dilakukan sebelum pukul 15.30, dan pendaftaran melalui telefon tidak akan dilayan. Perkhidmatan kaunseling berhenti merokok dilakukan setiap hari Isnin dan Rabu pukul 11.00-15.00WIB.

*Daripada pengalaman beberapa mahasiswa, biasanya pemeriksaan makmal adalah percuma dan tidak dikenakan bayaran. Sekiranya terus ke hospital pula, biasanya boleh mendapat “claim” daripada pihak UGM.

GMC Health Center
Pusat Pelayanan dan Santunan Kesehatan
Sekip, Blok L No.3, Sendowo, Sinduadi, Mlati, Sleman, Yogyakarta
Telp:0274-551412, 6492575 Fax:0274-551412

Disediakan oleh: Biro Kebajikan dan Imigresen, PKPMI-CY
Rujukan: Brosur GMC Health Center.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kishuvaran S. Mahendran atau mana-mana ahli Biro Kebajikan dan Imigresen.

Ahad, 24 April 2011

Biro Kerohanian Muslim

Biro Kerohanian Muslim PKPMI-CY merupakan suatu kerjasama antara PKPMI-CY dan Ukhuwwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia (UPIMI). Selain menjaga kerohanian pelajar-pelajar Muslim di Yogyakarta, biro ini juga berperanan memantau dan melancarkan proses kerjasama di antara kedua-dua pihak iaitu PKPMI-CY dan UPIMI dalam menjayakan projek-projek berkaitan dengan hal ehwal Islam di Yogyakarta. Kami dari Biro Kerohanian Muslim mengalu-alukan sebarang pertanyaan atau cadangan berkaitan biro kami dengan menghubungi ketua biro atau ahli-ahli biro ini, terima kasih.

Ketua Biro Kerohanian Muslim:
Azizi Azri bin Ngadiran ['09] - 081804104180

Naib Ketua Biro:
Muhammad Nurazam bin Azman ['10] - 087839782845

Ahli-ahli Biro:
Pawashida Wasli [‘10]
Nurulhuda Hayati Mohd Sabri [’09]
Siti Nadrah Mohd Ali [‘09]
Ahmad Syamsuri Muallam [‘10]

Ingatlah wahai saudaraku, saat khalifah Abu Bakar di pilih menjadi khalifah. Berkatalah Abu Bakar, 

"Sesungguhnya saya dilantik memimpin kamu tetapi saya bukanlah yang paling baik di kalangan kamu. Oleh itu, jika saya melaksanakan tindakan yang baik, bantulah saya. Tetapi jika saya melakukan kesalahan, perbetulkanlah saya. Kebenaran adalah satu amanah dan korupsi adalah satu pengkhianatan. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi saya sehingga saya memberi hak kepadanya. Sementara pihak yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisi saya sehingga saya mengambil hak daripadanya. Sesuata kaum yang meninggalkan jihad, maka Allah akan menimpakan mereka kehinaan. Kemaksiatan yang menular dalam sesuatu kaum,maka Allah akan turunkan bencana ke atas mereka semua. Taatlah kepada saya selagi mana saya mentaati Allah dan RasulNya. Jika saya derhaka kepada Allah dan RasulNya, kamu semua tidak perlu taat kepada saya"

Amanat ini sangat besar. Salam tahniah dan takziah buat kamu wahai pemimpin…

Carta Alir Urusan Imigrasi

Carta Alir Urusan Imigrasi

Biro Kebajikan & Imigrasi


Biro Kebajikan & Imigrasi merupakan salah satu biro di bawah pimpinan jawatankuasa tertinggi PKPMI-CY dan berperanan:
  1. Menjaga kebajikan pelajar-pelajar dengan mengambil tahu masalah pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta.
  2. Menghulurkan bantuan kepada mana-mana pelajar yang memerlukan pertolongan.
  3. Menguruskan tabung kebajikan PKPMI-CY
  4. Menjual borang imigrasi ( KITTAS dan ERP )
  5. Melaporkan berita-berita bencana ( gempa bumi, tsunami, gunung berapi ) yang berlaku di Yogyakarta.
  6. Melawat pelajar-pelajar yang sakit dan yang dimasukkan ke wad.
  7. Menghulurkan bantuan sekiranya pelajar mempunyai masalah dengan hal-hal berkaitan imigrasi.
  8. Koordinasi bersama dengan exco kebajikan dan exco imigrasi pusat.
  9. Mengelola aktiviti-aktiviti berteraskan kebajikan kepada pelajar Malaysia di Yogyakarta.

Selasa, 19 April 2011

Easter Night 2011


PKPMI-CY akan menganjurkan Easter Night 2011 yang akan diadakan pada 24 April 2011 (Ahad) dari jam 6 petang sehingga 9 malam. Acara bakal diadakan di Auditorium FK UGM dengan bayaran sebanyak 5,000 rupiah seorang. Ayuh, segera daftarkan diri anda untuk menghadiri sambutan ini!!

Only 100 seats available, please RSVP to Jay Mie [’10] - 087839783253, Sukanthi [’10] - 087839774273 or Geetha [’10] - 087839607356

Ahad, 17 April 2011

Kalendar Acara April - Jun 2011


Berikut ialah rancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh PKPMI-CY sepanjang bulan April, Mei & Jun 2011.


April
  • 17: Tamil New Year and Vaisakhi
  • 24: Good Friday and Easter
  • 30: Dota competition  
Mei
    • 1: Rehearsal for Beat It!
    • 4: Pertandingan Memasak
    • 28: Beat It! 
    June
      • 3: Jualan Masakan Malaysia
      • 4: Pertandingan Badminton
      • 15: Perlawanan Futsal